jirjiz a.s.

dalam satu riwayat mengatakan, pada zaman dahulu ada seorang raja bani israil yang zalim. kezalimannya bukan saja terhadap rakyatnya sendiri malahan terhadap allah s.w.t. segala perintah allah diabaikannya, dia memerintah mengikut hawa nafsu serta undang-undang buatannya. maka allah mengutuskan seorang nabi bernama jirjiz. dia mengutuskan nabi jirjiz untuk menghapuskan kezaliman raja bani israil itu yang sangat melampaui batas.

setiap hari nabi jirjiz berusaha untuk menyedarkan raja serta rakyatnya agar mengikut perintah allah. malangnya segala ajakan nabi jirjiz tidak sedikitpun dipedulikan oleh raja tersebut. malahan raja itu menentang ajaran-ajaran yang dibawa oleh nabi jirjiz.

akhirnya allah s.w.t. pun menurunkan bala terhadap kaum bani israil. bertahun-tahun allah tidak menurunkan hujan di tanah bani israil. banyaklah tanaman serta hewan mati kehausan. tanah-tanah pertanian serta kolam-kolam air akhirnya menjadi kering kontang.

raja menjadi bingung karena dahulu rakyatnya pergi ke kuil setiap hari menyembah berhala tetapi kini mereka tidak ke kuil, malahan sibuk menguruskan kehidupan mereka seharian. setiap hari raja tersebut dikunjungi rakyat jelata untuk memohon bantuan. malangnya raja tidak dapat berbuat satu apapun.

pada suatu hari raja memerintahkan para menteri menyiasat keadaan seluruh negeri itu. setelah melakukan penyiasatan, mereka pun datang mengadap raja. kata para menteri itu : "wahai paduka tuanku. keadaan seluruh negeri amatlah mendukakan. tanah-tanah pertanian dan kolam-kolam air semuanya kering belaka. hewan ternakan banyak yang mati manakala rakyat dalam keadaan paceklik. kami kira kalau keadaan ini terus berlangsung musnahlah seluruh kerajaan tuanku nanti".

setelah mendengar laporan para menterinya, raja pun bertitah : "kalau demikian keadaan negeri dan kerajaan, cobalah beri pendapat kamu bagaimana kita bisa mengatasi masalah yang amat sulit lagi berbahaya ini".

maka jawab para menterinya : "kami berpendapat sebaiknya kita cari dimana nabi jirjiz. paduka tuanku tentu ingat bahawa nabi jirjizlah orang yang selalu berupaya menolong kita sewaktu terjadi keadaan-keadaan seperti ini. "apa maksud kamu semua menyebut jirjiz itu", tanya raja tersebut.

"wahai paduka tuanku, tidakkah tuanku ingat bahwa jirjiz selalu mengajak kita menyembah allah. jika ajakannya itu benar tentu dapat meminta kepada tuhannya itu supaya diturunkan hujan", balas para menteri itu.

"tapi bagaimana kalau hujan tidak turun juga?", tanya raja lagi. "kita bunuh saja jirjiz", sahut menteri-menteri itu penuh yakin. maka pada keesokannya raja bersama dengan para menteri pergi mendapatkan jirjiz. sebaik saja mereka tiba di perkarangan rumah nabi jirjiz, mereka dapati nabi jirjiz sedang tekun beribadat. tiba-tiba nabi jirjiz terdengar suara orang dari luar rumahnya. "hai jirjiz, keluarlah kamu!", perintah raja itu dengan suara yang agak kasar. begitu namanya diseru, maka nabi jirjiz pun segera keluar.

"surat apakah itu hai tuanku". "aku minta tuhanmu supaya turunkan hujan. kalau hujan tidak turun, katakan kepada tuhanmu itu bahwa aku akan memeranginya", seru raja itu dengan angkuh.

nabi jirjiz berasa terlalu sedih mendengar perintah raja itu. dalam masa nabi jirjiz sedang bersedih, tiba-tiba muncul malaikat jibril lalu berkata kepadanya, "wahai jirjiz, kenapa engkau bersedih saja? beritahukah apa yang diminta oleh raja itu kepada allah".

nabi jirjiz pun menurut apa yang dinasihatkan oleh jibril a.s. kemudian allah menyuruh jirjiz bertanya kepada raja bani israil itu, bagaimana caranya dia hendak menentang allah. pada keesokan harinya, nabi jirjiz pun pergi ke istana untuk bertanyakan seperti yang diperintahkan oleh allah s.w.t.

waktu raja mendengar kata-kata nabi jirjiz, maka raja itu pun berkata : "hai jirjiz, aku memang tidak dapat memerangi tuhanmu karena dia sangat perkasa sedangkan aku lemah tetapi aku akan memerangi apa jua kekasihnya di bumi ini", tegas raja itu dengan angkuh. setelah itu jirjiz pun pulang ke rumahnya. setibanya dia di rumah, didapatinya malaikat jibril sudah pun berada di dalam bilik tempat dia beribadat. kata malaikat jibril : "hai jirjiz, pergilah engkau bertemu raja itu dan nasihatilah dia supaya membatalkan maksudnya itu".

setelah mendengar nasihat jibril itu, keesokannya jirjiz pergi semula ke istana raja dan menasihati raja tersebut. dengan izin allah, raja yang angkuh itu pun menerima nasihat nabi jirjiz. setelah segalanya selesai, nabi jirjiz pun kembali semula ke rumahnya. begitu kakinya melangkah masuk ke rumah, hujan pun turun dengan lebatnya selama tiga hari tiga malam. tanaman tumbuh dengan subur, sungai dipenuhi air, rakyat mulai turun ke ladang mengerjakan tanaman mereka. akhirnya negara itu kembali makmur seperti sediakala.

melihatkan keadaan kembali pulih seperti sediakala, raja pergi mendapatkan nabi jirjiz a.s. berserta dengan rakyatnya dan menyatakan keimanan kepada allah yang maha kuasa.